Thursday, September 10, 2009

Saturday, September 5, 2009

Kuda makan rumput

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”
Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”
Cikgu : “Rumputnya mana?”
Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”
Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”
Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”

Hantu Lepak...

antu Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun... Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Thursday, September 3, 2009













Cuba teka apa yang tersembunyi disebalik Gunung Kinabalu.







erti sebuah perkahwinan


Perkahwinan....berkaitan dengan perasaan manusia yang fitrahnya ingin berkasih sayang, yang melibatkan perasaan dua jantina yang saling berlawanan, dari hal ehwal meminati seseorang (secret admire), mencari pasangan, ciri-ciri tertentu yang diharapkan ada pada pasangan yang diinginkan, kriteria-kriteria dalam memilih pasangan, berkenalan, perjalanan perhubungan sebelum kahwin, sampai lah kepada persediaan perkahwinan, belanja kenduri, hantaran, dan juga tidak ketinggalan, kehidupan dalam berumahtangga itu sendiri. lihatlah bagaimana dia menilai erti sebuah perkahwinan itu, yang mengikat hati dan perasaan dua orang manusia yang berlainan jantina dan saling menarik di antara satu sama lain.

Tips untuk lelaki

Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Setiap pasangan suami isteri pasti menyimpan impian untuk menimang cahaya mata bagi menceriakan bahtera perkahwinan. Namun tidak semua pasangan beruntung berjaya memperoleh anak sebagaimana yang diimpikan. Suatu masa dahulu bila perkara seperti ini terjadi wanitalah yang sering dipersalahkan. Namun kini telah wujud kesedaran bahawa kegagalan mendapatkan anak boleh juga disebabkan oleh masalah yang disebabkan oleh kaum lelaki dan bukan wanita semata mata. Faktor gaya hidup dikatakan sebagai antara penyebab yang mempengaruhi kesuburan lelaki. Tahukah anda ada tujuh perkara yang harus lelaki hindari jika mereka ingin mempunyai anak. Antaranya ialah:


1. MANDI AIR PANAS / SAUNA
Kesuburan lelaki berada dalam keadaan baik bila dijaga dalam suhu yang tidak terlalu tinggi, iaitu beberapa darjah lebih rendah daripada suhu normal tubuh.
Mandi air yang terlalu panas dan memakai seluar yang terlalu ketat atau sintetik akan membuat testis menjadi panas dan mempengaruhi produksi sperma.



2. BERBASIKAL
Kajian yang dilakukan oleh University Of Southern California membuktikan bahawa tekanan terus menerus padel basikal boleh merosakkan arteri dan saraf yang terdapat pada penis. Pilih padel basikal yang ergonomis untuk menghindari tekanan seperti ini.



3. STRESS
Kajian oleh Jabatan Fisiologi, Medical College of Ohio menunjukkan bahawa stres kecil dapat membuat kadar testosteron lelaki dan sperma yang dihasilkan menurun.




4. KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
Terkena radiasi dan bahan kimia dapat merosakkan dan menurunkan produksi sperma serta menyebabkan kerosakan genetik pada anak-anak. Demikian hasil kajian McGill dari Universiti di Montreal, Kanada.




5. UBAT-UBATAN TERTENTU
Tanyakan pada doktor anda, apakah kesan sampingan ubat-ubatan yang sedang dijalani pada fungsi seksual. Banyak ubat-ubatan termasuk ubat untuk penyakit tekanan darah tinggi, kanser bahkan infeksi bakteria dapat menyebabkan masalah kesuburan dan penurunan produksi sperma.



6. MEROKOK
Penelitian - penelitian yang dijalankan akhir-akhir ini menunjukkan bahawa lelaki yang merokok menghasilkan sperma lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok. Lebih baik hentikan kebiasaan ini kerana isteri dan anak yang dikandung akan menjadi perokok pasif.


7. MAKANAN YANG TIDAK SIHAT
Hindari makanan yang tidak sihat dengan menggantikannya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, susu dan daging tanpa lemak. Dengan demikian anda akan cukup sihat untuk menjadi seorang ayah.